Wednesday, December 16, 2009

Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu( Tajuk: Semangat kejirana semakin luntur)

Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu( Tajuk: Semangat kejirana semakin luntur sejak belakangan ini. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasinya.)

Sejak belakangan ini, semangat kejirana semakin luntur. Rakyat semakin mengabaikan kepentingan semangat kejirana, hal ini dapat dibuktikan dengan hubungan yang kurang baik ataupun kurang memahami antara jiran. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini untuk menjadi teladan yang baik kepada generasi yang akan datang supaya anak-anak ataupun cucu-cucu mereka tidak mengabaikan semangat kejiranan. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing.

Pada zaman modenisasi ini, taraf hidup manusia semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, setiap ahli keluarga pun sibuk dengan kerjaya masing-masing mencari rezeki untuk menapung kehendak atau keperluan mereka. Pada masa yang sama, mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengabaikan kepentingan semangat kejiranan. Setiap orang bekerja pada masa yang berbeza, oleh itu sesetengah mereka langsung tidak mempunyai peluang untuk bertembung dengan jiran mereka. Ada juga yang tidak pernah bercakap dengan jiran walaupun telah tinggal di tempat tersebut selama sepuluh tahun. Mereka mengamalkan sikap yang tidak ingin mengambil peduli terhadap hal jiran mereka. Hal ini amat bahaya kerana tidak mudah disedari oleh jiran yang lain ketika rumah jiran dimasuki oleh pencuri ataupun berlaku kecemasan seperti kebakaran.

Selain itu, sikap manusia pada zaman sekarang yang lebih mementingkan diri juga menyebabkan semangat kejiranan semakin meluntur. Manusia pada zaman sekarang lebih realistik. Mereka menganggap segala bantuan yang diberi kepada orang lain perlu mendapat kan balasan. Masyarakat pada masa sekarang semuanya hanya mementingkan duit dan telah mengabaikan hubungan antara manusia. Setiap perkhidmatan yang bideri perlu dibayar seperti mengupah pembersih sampingan dan sebagainya. Hal yang sedemikian telah memupuk sikap manusia yang menganggap bantuan yang diberi mestilah mendapatkan faedah dan sebagainya. Oleh itu, sikap manusia yang begitu pun telah menjadi budaya pada zaman sekarang.

Untuk mengelakkan hal ini diteruskan, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan hidup kita dan suku-sakat yang akan datang. Pihak rakyat merupakan pengaruh yang paling penting. Rakyat haruslah mengamalkan sikap saling menolong dengan jiran mereka. Hal ini bukan sahaja dapat memupuk hubungan yang baik dengan jiran bagai kuku dengan isi,malahnya dapat memudahkan dan mempercepatkan pelaksanaan dalam hal yang berkenaan. Bukan itu sahaja, rakyat juga haruslah bertegur sapa dengan jiran walaupun bertemu dengan jiran di taman, komples beli-belah ataupun tempat yang lain. Hal ini dapat membantu dalam mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran.

Kecuali itu, penduduk dalam sesuatu kawasan juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong ataupun aktiviti pertandingan seperti pertandingan memasak, pertandingan nyanyian dan sebagainya. Dalam aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran malahnya dapat menyedarkan rakyat bahawa semangat kejiranan adalah sangat penting. Oleh itu, mereka akan memupuk sikap yang berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.Di samping itu, hubungan mereka boleh menjadi lebih erat.

Tuntasnya, semua rakyat Malaysia haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini untuk menjamin kesejahteraan hidup generasi yang akan datang supaya melahirkan masyarakat yang sihat serta negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

(512 p.p.)

3 comments:

  1. Terima kasih. Sangat membantu.....

    ReplyDelete
  2. Semoga allah perluaskan lagi ilmu yang saya pelajari dan terima kepada pemberi ilmu karangan ni, semoga kamu semua diberkati allah selalu , amib

    ReplyDelete
  3. Slotocash to accept US players for slots casino - JTM Hub
    The company's online slots platform 밀양 출장안마 and 광주광역 출장샵 mobile casino features mobile games in HTML5, 안동 출장안마 HTML5, and RTG HTML5, and 김해 출장샵 offers a fantastic selection of 서산 출장안마 games

    ReplyDelete